Saturday 19 September 2015

I HATE MAGGI

awat pulak dahhh yang akak ni benci meggi ni???
haaaa cer citer >,<

ok cita dia macam ni .
setiap kali orang ajak makan maggi , mesti akak takda selera .
setiap kali akak masak maggi , mesti makan tak habis .
setiap kali orang jamu maggi , mesti tengok dengan muka toya >,<
cita dia akak memang tak suka makan maggi .
kalau betoi-betoi lapaq dan terdesak ja makan maggi .
kan best kalau duk umah , boleh masak makan macam-macam .
ni duduk asrama semua terbatas .
frustttt laa .
bila lapar sangat-sangat terpaksa hadap maggi .
nak save duit terpaksa makan maggi .
padahal maggi tu tak baik untuk kesihatan dan minda kita .
hikkssss betul ke ni???

dan kalau nak tahu .
setiap kali akak nak telan maggi , mesti akak rasa macam telan lilin >,<
kenapa ekkk???

apa kandungan maggi sebenar ?
diperbuat daripada apa ?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
terus terusan menjadi persoalan .
yang pasti I HATE MAGGI !!!!

Friday 18 September 2015

EXAM ONLINE Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Assalamualaikum darlings ?
hari ni nur nak share pasal exam online Latihan Separa Perubatan Bertaraf DIPLOMA :)
Apa maksud LSPBD tu kak nur ?
Haaa kalau nak tahu , LSPBD menawarkan 10 program latihan yang ditaja bawah kementerian kesihatan Malaysia . Maksudnya , kita akan belajar selama 3 tahun di mana-mana kolej kesihatan yang diiktiraf oleh KKM . Selepas tamat belajar , kita akan diserap terus untuk bekerja dengan KKM sebagai jururawat, MA, penolong pegawai farmasi dan sebagainya berdasarkan bidang yang kita ceburi . Selama 3 tahun belajar itu juga kita akan diberi elaun lebih kurang RM800 jugak la.
So, Nur pun dah dapat tawaran untuk duduki exam ni buat kali ketiga. Last year nur tak ambil peduli langsung pasal ni sebab time tu masa depan nur kat UPNM ni terjamin , dan sekarang bila Nur diuji dengan penyakit , nur terpaksa memilih jalan keluar. Dan nur pun tak sangka tahun ni dipanggil lagi untuk menduduki exam ni . 

Actually last week hari Isnin hari tu dah ambil exam ni. Pastu tengah syok nak jawab soalan, boleh pulak sistem down, slow, loading punya laa lama. Last masa burnt camtu ja. Soalan pun tak sempat jawab habis. Memang ase nak nangis lah time tu. Tak tahu nak cakap apa, nur redha ja.

tup tup tengah duk membeading baju tadi, SPA hantar mesej untuk lawati www.e-semakan.spa.gov.my untuk buat semakan dan ambil exam semula Selasa depan. Harap-harap Selasa nanti takde dah lah jadi kejadian macam Isnin lepas. Kalau tak menangis tak berlagu lagi lah jawabnya. Doakan nur ye semoga dipermudahkan segala urusan. Amin :)




Thursday 17 September 2015

Patut lah senyap ja ???

oooooooowwwhhhhh...
patut lah dia senyap jaaa bila saya wasap...
rupa-rupanya dah meninggal...
nak cakap innalillah , bukan Islam pulak dah...
adoiiii , apa cerita post nur kali ni nihhhh ???

okeh macam ni .
tadi masa balik dari IJN , nur pi jalan TAR .
Hahhh jalan TAR ? (sambil mata terbeliak)
hangpa tok sah duk buat taktau nah jalan TAR tu apa .
bukan jalan TAR jalan raya tuh .
nih JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN , KL peace yo :)
haaa habis tu kenapa nur ???
ishhhh sabaq lah orang tak habis cerita lagi ni .

alkisahnya nur pi sana sebab nak ambik stock jubah lycra yang customers pesan .
pastu masuk-masuk ja kedai , pelayan kedai tu cakap .
oooooo orang yang selalu ambil pesanan jubah you tu dah meninggal .
HEART ATTACK . 
hahhhh apa dia ?
HEART ATTACK .
apa dia tu ?
sambil mat bangla tu duk tunjuk sakitnya tuh di sini kat dada dia .
pastu baru nur faham .
ooooo HEART ATTACK , serangan jantung .
adoiii la nur , bukan lambat tangkap , tapi bahasa dengan loghat mat bangla tu yg nur lambat paham, sabaq ja lah noh .

pastu nur pun baru terpikiaq , patut laa senyap ja bila nur duk wasap tanya stock .
tup tup bila mai kedai baru tau kata dia dah takdak .
kalau nak tau , kat bawah ni la mamat bangla yang selalu ambik order nur :)

amacam ?
handsome dak ?
adoi laaa , nak kata apa pun taktau dah .
cuma terkejut ja .
tak sangka dia dah takdak kat dunia ni .
kawan dia tu pun cakap , yang dia sakit sat ja terus pi .
semoga dia tenang kat sana .

haaa gambaq tu pulak jangan hangpa ingat nur ada skandel ka fair dengan dia nah .
lari lintang pukang encik tunang ligan .
he he he gambaq tu amik kat Whatsapp Profile Picture dia la :)

okeh sekian saja celoteh nur kali ni .
semoga bertemu lagi di lain entry ye :)