Saturday 19 September 2015

I HATE MAGGI

awat pulak dahhh yang akak ni benci meggi ni???
haaaa cer citer >,<

ok cita dia macam ni .
setiap kali orang ajak makan maggi , mesti akak takda selera .
setiap kali akak masak maggi , mesti makan tak habis .
setiap kali orang jamu maggi , mesti tengok dengan muka toya >,<
cita dia akak memang tak suka makan maggi .
kalau betoi-betoi lapaq dan terdesak ja makan maggi .
kan best kalau duk umah , boleh masak makan macam-macam .
ni duduk asrama semua terbatas .
frustttt laa .
bila lapar sangat-sangat terpaksa hadap maggi .
nak save duit terpaksa makan maggi .
padahal maggi tu tak baik untuk kesihatan dan minda kita .
hikkssss betul ke ni???

dan kalau nak tahu .
setiap kali akak nak telan maggi , mesti akak rasa macam telan lilin >,<
kenapa ekkk???

apa kandungan maggi sebenar ?
diperbuat daripada apa ?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
terus terusan menjadi persoalan .
yang pasti I HATE MAGGI !!!!

Friday 18 September 2015

EXAM ONLINE Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Assalamualaikum darlings ?
hari ni nur nak share pasal exam online Latihan Separa Perubatan Bertaraf DIPLOMA :)
Apa maksud LSPBD tu kak nur ?
Haaa kalau nak tahu , LSPBD menawarkan 10 program latihan yang ditaja bawah kementerian kesihatan Malaysia . Maksudnya , kita akan belajar selama 3 tahun di mana-mana kolej kesihatan yang diiktiraf oleh KKM . Selepas tamat belajar , kita akan diserap terus untuk bekerja dengan KKM sebagai jururawat, MA, penolong pegawai farmasi dan sebagainya berdasarkan bidang yang kita ceburi . Selama 3 tahun belajar itu juga kita akan diberi elaun lebih kurang RM800 jugak la.
So, Nur pun dah dapat tawaran untuk duduki exam ni buat kali ketiga. Last year nur tak ambil peduli langsung pasal ni sebab time tu masa depan nur kat UPNM ni terjamin , dan sekarang bila Nur diuji dengan penyakit , nur terpaksa memilih jalan keluar. Dan nur pun tak sangka tahun ni dipanggil lagi untuk menduduki exam ni . 

Actually last week hari Isnin hari tu dah ambil exam ni. Pastu tengah syok nak jawab soalan, boleh pulak sistem down, slow, loading punya laa lama. Last masa burnt camtu ja. Soalan pun tak sempat jawab habis. Memang ase nak nangis lah time tu. Tak tahu nak cakap apa, nur redha ja.

tup tup tengah duk membeading baju tadi, SPA hantar mesej untuk lawati www.e-semakan.spa.gov.my untuk buat semakan dan ambil exam semula Selasa depan. Harap-harap Selasa nanti takde dah lah jadi kejadian macam Isnin lepas. Kalau tak menangis tak berlagu lagi lah jawabnya. Doakan nur ye semoga dipermudahkan segala urusan. Amin :)




Thursday 17 September 2015

Patut lah senyap ja ???

oooooooowwwhhhhh...
patut lah dia senyap jaaa bila saya wasap...
rupa-rupanya dah meninggal...
nak cakap innalillah , bukan Islam pulak dah...
adoiiii , apa cerita post nur kali ni nihhhh ???

okeh macam ni .
tadi masa balik dari IJN , nur pi jalan TAR .
Hahhh jalan TAR ? (sambil mata terbeliak)
hangpa tok sah duk buat taktau nah jalan TAR tu apa .
bukan jalan TAR jalan raya tuh .
nih JALAN TUNKU ABDUL RAHMAN , KL peace yo :)
haaa habis tu kenapa nur ???
ishhhh sabaq lah orang tak habis cerita lagi ni .

alkisahnya nur pi sana sebab nak ambik stock jubah lycra yang customers pesan .
pastu masuk-masuk ja kedai , pelayan kedai tu cakap .
oooooo orang yang selalu ambil pesanan jubah you tu dah meninggal .
HEART ATTACK . 
hahhhh apa dia ?
HEART ATTACK .
apa dia tu ?
sambil mat bangla tu duk tunjuk sakitnya tuh di sini kat dada dia .
pastu baru nur faham .
ooooo HEART ATTACK , serangan jantung .
adoiii la nur , bukan lambat tangkap , tapi bahasa dengan loghat mat bangla tu yg nur lambat paham, sabaq ja lah noh .

pastu nur pun baru terpikiaq , patut laa senyap ja bila nur duk wasap tanya stock .
tup tup bila mai kedai baru tau kata dia dah takdak .
kalau nak tau , kat bawah ni la mamat bangla yang selalu ambik order nur :)

amacam ?
handsome dak ?
adoi laaa , nak kata apa pun taktau dah .
cuma terkejut ja .
tak sangka dia dah takdak kat dunia ni .
kawan dia tu pun cakap , yang dia sakit sat ja terus pi .
semoga dia tenang kat sana .

haaa gambaq tu pulak jangan hangpa ingat nur ada skandel ka fair dengan dia nah .
lari lintang pukang encik tunang ligan .
he he he gambaq tu amik kat Whatsapp Profile Picture dia la :)

okeh sekian saja celoteh nur kali ni .
semoga bertemu lagi di lain entry ye :) 
 

Wednesday 16 September 2015

DIY Pearl dan Labuci Simple Pada Lengan Baju

Assalamualaikum darlings semua???
haaa nampak tak gambar kat bawah ni???
 




 Nur buat apa tu???
Mesti lah tengah jahit pearl dan labuci pada lengan baju tu.
actually nur mentah lagi dalam bidang membeading baju nih.
tapi nur pulun jugak nak belajar bagi pandai.
sebab baju kahwin nur nanti, nur nak buat semua sendiri.
jimat bajet n kos gitu katakan ('.')
pastu encik tunang pun sokong ja lah.
dah alang-alang nur boleh menjahit kan.
apa salahnya baju kahwin pun jahit and design sendiri je.
so tunggu jelah ekk hasil DIY nur pada baju dress maroon ni.
kalau nak tahu, nur nak pakai raya haji tau baju ni.
kahkahkah tak berseri dah laa baju raya nur kan?
dan tunjuk kat orang gini.
so tunggu lah ye gambar ootd nur dengan baju nih okayyy :)

Terima kasih darlings sudi membaca :)
* sesiapa ada link atau tutorial membeading baju simple and cantik-cantik, boleh laa share dengan nur ye :)

Nafas Baru :)

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum kesayangan nur semua ?
oke oke , baru nur perasan yang belog nur ni dah dua tahun lebih tak terusik,
fuhhh fuhhhh fuhhh tiup sikit habuk hikss
post pun ada sikit ja kan.
actually dulu nur dah post macam-macam tau , tapi nur banyak padam dan padam sebab nur rasa post tu tak patut kot ada dalam paparan belog nur ni.
jadi nur berazam nak share sesutu yang baik supaya ianya bermanfaat pada kita semua.
tak lupa jugak , pengalaman-pengalaman hidup nur  yang boleh dijadikan iktibar dan tauladan kepada semua orang, apa salahnya kongsi kan :)
harap-harap bimbingan ALLAH sentiasa bersama kita semua dalam menjalani dan melakukan apa jua termasuklah dalam menjadi PENULIS BLOG yang kurang pro ni.
niat nur yang utama di sini adalah untuk berdakwah melalui blog dan laman sosial , pastu nak kongsi pengalaman dengan awak-awak semua yang comel di luar sana tu.
jadi, insha ALLAH nur akan cuba yang terbaik okayyy.

Peluang Menjawat Jawatan under SPA :)

Alhamdulillah..
untuk dua tahun berturut-turut ni nur dipanggil untuk temuduga bagi jawatan PEGAWAI PENJARA GRED KX17 dan menduduki peperiksaan online LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA. For last year memang nur tak ambil kisah langsung sebab time tu masa depan nur kat UPNM ni agak terjamin katakan. Kemudian, bila ALLAH uji nur dengan penyakit dan terpaksa menghadapi dugaan sehingga nur tidak dapat ditauliahkan lagi sebagai PEGAWAI TENTERA, maka nur pun ambil kisah laa soal ni. Nur pun actually tak sangka tahun ni akan dipanggil lagi untuk temuduga dan menduduki exam online tu. Syukur kepada ALLAH, rezeki laa kan. So, nur pun dah habis dah temuduga PEGAWAI PENJARA GRED KX17 dan menduduki exam online LATIHAN SEPARA PERUBATAN tu. Insha ALLAH pasni nur akan cerita pula ye pengalaman temuduga dan menduduki exam tu.Mana tahu boleh jadi panduan untuk awak-awak yang bakal menghadapi. Sekarang ni nur tengah tunggu keputusan kedua-dua tersebut. Tak tahu laa nak dapat yang mana. Kalau dapat dua dua, encik tunang suruh pilih LATIHAN SEPARA PERUBATAN, sebab nya dia nak sangat nur jadi nurse. Boleh rawat dia laa senang. hiksss >,< so awak semua doakan lah supaya nur diberi pilihan yang terbaik untuk diri nur, keluarga dan agama ye. Susah tau nak buat keputusan bila pilihan depan mata kita melebihi satu.hehe so tunggu post nur yang akan datang ye darlings :)