Friday 18 September 2015

EXAM ONLINE Latihan Separa Perubatan Bertaraf Diploma

Assalamualaikum darlings ?
hari ni nur nak share pasal exam online Latihan Separa Perubatan Bertaraf DIPLOMA :)
Apa maksud LSPBD tu kak nur ?
Haaa kalau nak tahu , LSPBD menawarkan 10 program latihan yang ditaja bawah kementerian kesihatan Malaysia . Maksudnya , kita akan belajar selama 3 tahun di mana-mana kolej kesihatan yang diiktiraf oleh KKM . Selepas tamat belajar , kita akan diserap terus untuk bekerja dengan KKM sebagai jururawat, MA, penolong pegawai farmasi dan sebagainya berdasarkan bidang yang kita ceburi . Selama 3 tahun belajar itu juga kita akan diberi elaun lebih kurang RM800 jugak la.
So, Nur pun dah dapat tawaran untuk duduki exam ni buat kali ketiga. Last year nur tak ambil peduli langsung pasal ni sebab time tu masa depan nur kat UPNM ni terjamin , dan sekarang bila Nur diuji dengan penyakit , nur terpaksa memilih jalan keluar. Dan nur pun tak sangka tahun ni dipanggil lagi untuk menduduki exam ni . 

Actually last week hari Isnin hari tu dah ambil exam ni. Pastu tengah syok nak jawab soalan, boleh pulak sistem down, slow, loading punya laa lama. Last masa burnt camtu ja. Soalan pun tak sempat jawab habis. Memang ase nak nangis lah time tu. Tak tahu nak cakap apa, nur redha ja.

tup tup tengah duk membeading baju tadi, SPA hantar mesej untuk lawati www.e-semakan.spa.gov.my untuk buat semakan dan ambil exam semula Selasa depan. Harap-harap Selasa nanti takde dah lah jadi kejadian macam Isnin lepas. Kalau tak menangis tak berlagu lagi lah jawabnya. Doakan nur ye semoga dipermudahkan segala urusan. Amin :)




No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum darlings?
Nak cakap apa?
Nak luah apa?
Nak kongsi apa?
Sila lah komen ye :)