PROJEK DIY

okayyy darlings .
kat sini nur saja nak share beberapa hasil DIY nur di mana kesemua gambar yang dimuat naik adalah hasil tangan nur sendiri .
sebarang komen yang membina , pendapat atau pun kritikan adalah  amat dialu-alukan demi kebaikan bersama , amboi >,<
huhuhu actually ibu nur adalah seorang tukang jahit .
jadi nur sebagai anak mestilah kena pandai menjahit jugak kan , right ?
setakat ni alhamdulillah , walaupun belum mahir dan masih merangkak , nur dah berjaya jahit jubah lelaki buat encik tunang , jubah sendiri , niqab , purdah dan sebagainya :)
kalau nak tahu , menjahit ni memang orang nampak macam mudah , tapi sebenarnya mencabar mental jugak tau bila jahitan kita tu ada cacat cela lah , tak kemas lah apa lah bla bla bla . . . .
so , sebab tu lah kita kena sentiasa rajinkan diri untuk belajar dan terus belajar serta perbaiki mana yang patut .
insha ALLAH lama-lama mahir la :)
nur teringin sangat-sangat nak buka butik suatu hari nanti bersama dengan ibu nur , ini tidak , kesian ibu menjahit kat rumah je .
sampaikan tempat menjahit tu asyik dapat gangguan daripada adik-adik nur yang kecil .
so enjoy lah dengan hasil DIY nur ye :) 

DIY JUBAH DRESS dan SIMPLE BEADING

 ni gambar jubah yang nur dah siap jahit .
tengah siap-siap nak beading :)
time ni nur tengah duk pening lagi nak beading corak yang macam mana atau main tabur ja pearl tu >,<
 bila tanya kat mr google , dapat lah sikit beberapa ilham :)
dan bunga chiffon tu pun nur DIY sendiri ye :)

 ni time tengah conteng-conteng apa corak yang nak dijahit :)

dan akhirnya , ini lah hasilnya .
nur tahu tak cantik pun kan ?
hehe padan laa sebab first time beading kot >,<
pasni nur akan try lebih baik okayyy :) 


DIY BUNGA CHIFFON 3D
  
Okayyy di sini nur nak share macam mana cara nak buat bunga 3D chiffon yang sangat simple dan semudah ABC je darlings .




 
BAHAN-BAHAN 
  1. Kain perca chiffon
  2. Gunting
  3. Benang
  4. Jarum
  5. Lilin / Lighter
  6. Pearl 
CARA- CARA _______________________________(nanti nur update lain k)

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum darlings?
Nak cakap apa?
Nak luah apa?
Nak kongsi apa?
Sila lah komen ye :)