Wednesday 31 July 2013

Jum Lah Kita AMALKAN sama-sama :)


Assalamualaikum?
apa kabar semua?
hari ni ainie suka sangat nak ajak kawan-kawan mengamalkan doa-doa agar dikurniakan husnul khotimah :)
best kan kalau dapat meninggal dalam keadaan yang snagat baik, pada hari yang baik dan sewaktu melakukan sesuatu yang baik :)
insya-ALLAH sama-samalah kita amalkan ye.



رَّبَّنَآ إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِى لِلْإِيمَٰنِ أَنْ ءَامِنُوا۟ بِرَبِّكُمْ فَـَٔامَنَّا ۚ رَبَّنَا فَٱغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّـَٔاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ ٱلْأَبْرَارِ ﴿١٩٣﴾ رَبَّنَا وَءَاتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَىٰ رُسُلِكَ وَلَا تُخْزِنَا يَوْمَ ٱلْقِيَٰمَةِ ۗ إِنَّكَ لَا تُخْلِفُ ٱلْمِيعَادَ ﴿١٩٤﴾ 

Artinya: "Ya Tuhan sungguh kami telah mendengar seruan yang menyeru kepada iman: "Barimanlah kamu kepada Tuhanmu, maka kami pun beriman. Ya Tuhan, ampunilah dosa-dosa kami dan hapuskanlah kesalahan-kesalahan kami, serta matikanlah kami beserta orang-orang yang banyak berbuat kebajikan. Ya Tuhan, berilah kami apa yang telah Engkau janjikan kepada kami dengan perantaraan rasul-rasul-Mu, dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat nanti. Sungguh Engkau sama sekali tidak akan pernah menyalahi janji." (QS. Âli Imrân: 193-194).

Penjelasan:
Baik sekali doa di atas dibaca pada setiap kesempatan, tapi lebih utama pada waktu tengah malam (sepertiga malam) sampai menjelang shubuh. Karena ayat ini pula yang dibaca Nabi ketika bangun dari tidurnya sambil memandang langit. Demikian peielasan Al-Bukhârî dari Ibnu 'Abbâs.

Saturday 27 July 2013

Biamillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum kawan-kawan ?

Kali ni kan nur suka sangat nak kongsi tentang pentingnya kita untuk bersangka baik dalam sebuah persahabatan :)

"serendah-rendah ukhuwah ialah bersangka baik, setinggi-tinggi ukhuwah adalah itsar (melebihkan saudaranya dari dirinya)"

Selalunya tahap serendah-rendah ukhuwah tu pun kita sangat susah nak buat, apatah lagi nak mencapai tahap tertinggi tu. 

Bila kita bersahabat kerana Allah insyaAllah, kita akan mampu mencapainya. 
Dalam kita bersahabat terlalu banyak hati yg kita kena jaga, dan ianya sangat sukar. 
Maka sebagai seorang sahabat yang inginkan tahap tetinggi tersebut, kita sendiri yg perlu memujuk hati dengan sentiasa berbaik sangka. 
Maka banyak ikatan yang mampu kita selamatkan. 
Sesungguhnya ukhuwah kerana Allah itu sangat suci. 
Amat sayang sekali ianya terputus di tengah jalan lantaran diri kita yg tidak mampu utk berbaik sangka. Percayalah jika kita mampu untuk lakukannya, pasti suasana kehidupan kita akan lebih ceria. 
Semoga Allah memberi naungan kepada kita atas ikatan sebuah persahabatan ini.
 Dan saya sayang sahabat-sahabat saya kerana Allah. 
UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA :)
Insya-ALLAH :)
Amin :)

Sunday 21 July 2013

mEnghitung Hari UntUk BaLik KampUng :)


http://hafarahijab.files.wordpress.com/2013/04/assalamualaikum.png
oke oke oke ;)
hari ni dah 21 Julai 2013 
makanya tinggal lagi 14 hari tau kami nak balik rumah
nak balik tengok kampung halaman la katakan setelah sekian lama jadi naka perantauan ni
yahooo ! tak sabar rasa !
eh , eh , eh
sabar , sabar ,
sabar tu kan separuh daripada iman 
ALLAH pun sayang dan suka sangat dengan orang yang selalau sabar ni :)
betul kan ?
setiap hari rasa macam cepat ja masa berlalu 
dan inilah antara tanda-tanda kiamat .
jadi , jum la kita tingkatkan amalan :)

oke oke oke ;)
tiket bus dah beli
PLUSLINER , 4:30PM , HENTIAN PUDU - KULIM , 4 OGOS 2013
doakan perjalanan cek pulang selamat dengan izin-Nya ye :)
amin :)

MuHaSABah Diri JoM :)


ALHAMDULILLAH,
semakin hari semakin banyak benda baru yang ana dapat belajar,
Syukur juga pada-MU Ya Allah kerana masih sempat untuk perbaiki kelemahan diri,

kawan-kawan,
betapa sayangnya ALLAH pada kita,
walau kita sering lali dari mengingatinya,
walau kita sering melakukan dosa dan maksiat,
tapi ALLAH,
tetap bagi kita rezeki dan nikmat hidup.

kita sebagai hamba pulak,
sedarkah kita semua ni?

jadi kawan-kawan,
ana nak,
setiap hari kita sentiasa MUHASABAH DIRI ye kawan-kawan.
insya-ALLAH kalau kita selalu buat macam tu,
kita tak kan jauh daripada ALLAH,
dan semestinya ALLAH lagi bertambah dekat dengan kita.
sebab ALLAH dah sentiasa bersama kita.
AMIN :)