Saturday 3 October 2015

BUKAN RERZEKI KU UNTUK MENJADI PEGAWAI TENTERA

Aku masih ingat, waktu sekolah dulu aku seorang yang ANTI MASUKKAN TUDUNG ke dalam dan aku seorang yang ANTI UNTUK BERUNIFORM. Aku tak tahu nak cakap macam mana, tapi perasaan aku bila tudung berada di dalam baju seolah-olah aku ini tidak memakai tudung. Aku jadi malu dan segan yang teramat bila bentuk perhiasan yang seharusnya hanya dilihat oleh seorang suami ditatapi oleh ajnabi yang lain. Aku pernah menangis sebab terpilih menyertai PLKN dek kerana PLKN harus beruniform. Bagi aku, bila beruniform kita selalu terpaksa abaikan bab menutup aurat dengan sempurna. Sampai lah satu masa, bila aku dah kerja di PLKN sebagai pembantu dapur. Ada pula ceramah pasal UPNM ni. Mula-mula aku pun tak berapa tahu sangat pasal UPNM ni. Bila dah ada ceramah tu, aku pun curi-curi dengar sambil buat kerja kat dewan makan tu. Nasib lah ceramah tu pula diadakan di dewan makan pelatih PLKN. Jadi bila aku dah dengar kelebihan-kelebihan belajar kat UPNM dan menjadi pegawai kadet UPNM aku pun jadi tertarik untuk masuk UPNM. Tahu tak apa kelebihan belajar UPNM? Antaranya ialah pengajian kita akan ditanggung 100% oleh Kementerian Pertahanan dari tahun asasi hingga habis degree, kita akan dapat elaun lebih kurang RM1500 sebulan, makan free, asrama disediakan, kawalan keselamatan yang ketat dan pelbagai lagi. 

Waktu tu aku tengah tunggu result SPM. Aku memang bercadang nak cari tempat belajar yang mendapat tajaan dan mak aku tak payah susah-susah untuk tanggung aku belajar. Pada asalnya aku teringin nak masuk UIA dan ambil kos undang-undang. Aku minat nak jadi peguam macam paktih aku. Takpun masuk maktab perguruan dan ambik kos kaunseling. Bila result SPM dah keluar alhamdulillah aku dapat 7A2B1C dan aku pun isi lah UPU. Aku letak UPNM ni sebagai pilihan pertama. Pastu aku isi jugak MAKTAB PERGURUAN / IPG. Selain daripada tu aku isi Kolej Profesional MARA. Bila keputusan permohonan dah keluar, tengok-tengok aku dapat Kolej Profesional MARA tu kos Islamic Banking. Kalau nak tahu, KPM ni pun ada elaun tau. Tak lama lepastu aku dipanggil pula untuk temuduga UPNM. Masa tu semua family aku kat Kedah macam menentang untuk aku masuk UPNM. Depa semua mengharapkan aku masuk IPG dan jadi cikgu. Masa tu keputusan IPG tak keluar lagi. Depa cakap lagipun kerjaya tentera ni tak sesuai dengan jiwa aku, tak sesuai dengan pemakaian aku yang bertudung labuh. Mak risau takut aku takleh hadap dengan dunia tentera ni, sebab mak tahu anak dia macam mana. Abah pun dah nasihat jangan masuk UPNM sebab abah tahu macam mana perit dan payahnya kehidupan sebagai seorang tentera. Aku pulak masa tu duk ingat nak belajar free dan dapat elaun beriban ja. Aku duk fikir bila masuk UPNM aku boleh tolong mak serba sikit. Sebab kami datang daripada kuarga yang susah. Aku plak anak kedua dari 7 beradik. 

Soal pakai uniform tu pulak aku pi sekolah aku tanya ustazah bagi habis pasal hukum pemakaian uniform bagi wanita. Then, ustazah cakap tak salah tetapi pilihlah yang longgar dan jangan terlalu ketat. Memang pakai uniform ni akan nampak bentuk tubuh badan kita. Tapi kalau dah kita terpaksa pakai juga sebab kerja, benci lah ia sebenci-bencinya pada ketika kita pakai tu dan tutuplah aurat dengan sempurna semula apabila kita diluar waktu bekerja. Wallahu'alam. 

So, aku pun pergi jugaklah temuduga UPNM tu. Aku cuba cakap kat family aku, kalau orang lain boleh buat, mesti aku pun boleh. Dan akhir sekali, alhamdulillah aku berjaya juga temuduga tu dan terpilih sebagai PEGAWAI KADET UPNM. Lepas berapa hari balik dari temuduga UPNM, aku dapat pula panggilan temuduga IPG dan aku dapat temuduga kos Kaunseling macam yang aku nak. Hati aku waktu tu berbelh bagi, sama ada nak pi atau tak nak pi sebab time tu aku masih kat kampung di Negeri Sembilan. Hari temuduga pula tinggal berapa hari ja lagi. Dan kalau aku nak pi aku terpaksa balik Kedah hari tu juga. Persiapan apa semua macam tak sempat buat ja. Aku hubungi mak, dan mak seolah-olah mengharapkan aku pi sangat temuduga IPG tu walaupun aku dah confirm dapat UPNM. Family aku kat Negeri Sembilan pula nasihat kan supaya aku pilih UPNM ja.

 Aku jadi bingung sebab banyak pendapat sangat yang aku kena dengar. Kalau nak ikut minat, aku memang lebih minat nak jd cikgu kaunseling sebab itu lah cita-cita aku dari zaman sekolah. Bila peluang tu dah ada depan mata, aku sia-siakan pula. Ehhh tak, bukan aku sia-siakan. Tapi aku keliru ja nak pilih mana yang terbaik. Lastly aku takpi pun temuduga IPG tu dan aku melapor UPNM sebulan selepas tu. Bila aku dah jalani kehidupan sebagai kadet UPNM dan sebagai seorang tentera, baru aku tahu kenapa family aku kat Kedah larang aku keras-keras supaya jangan masuk sini. Waktu tu memang terdetik rasa menyesal. Nak patah balik memang tak dah lah kan. So aku carry on ja kehidupan kat sini sampai aku rasa lali dan sebati dah dengan jiwa aku. Kena lanyak ka apa aku tadah ja. Aku layankan aja. 

Sampai lah saat ketika tu, ALLAH mula uji aku dengan penyakit sampaikan aku dah tak layak lagi untuk ditauliah sebagai PEGAWAI TENTERA. Aku redha dengan semua ujian ni. Aku tahu ALLAH bagi aku ni adalah yang terbaik. ALLAH tahu kerjaya ni memang tak sesuai dengan aku, sebab tu Dia bagi  dan uji semua ni kat aku, juga tanda Dia sayang kat aku. Sekarang ni aku kat UPNM tak pergi kelas dah macam kawa-kawan lain. Aku cuma tunggu proses keluar baris sehingga selesai.Bila aku tengok depa jalani kehidupan kadet dengan penuh rasa semangat, aku rasa cemburu sangat sebab aku dah tak mampu jadi macam depa. Nak buat macam mana kan, dah bukan rezeki aku untuk menjadi pegawai tentera. Apa-apa pun aku doakan semoga depa semua berjaya jugak ditauliahkan sebagai Pegawai Tenter kelak.

Insha ALLAH kalau ada rezeki, pasni aku akan sambung belajar dalam bidang SEPARA PERUBATAN pula. Kali ni memang aku akan dengar nasihat mak betul-betul dan aku akan turuti apa kemahuan dan impian mak aku. Aku dah serik sebab berdegil dengan mak dulu. Cukuplah sekali tu ja, aku tak ingin dah nak ulang lagi. Semoga kehidupan aku lepas ni lebih baik dari semalam. Doakan urusan aku dipermudahkan ye. Kalau ALLAH tak bagi kerja dengan KEMENTERIAN PERTAHANAN mungkin DIA nak bagi kerja dengan KEMENTERIAN KESIHATAN pula. Mana tahu kan, tapi apa yang pasti, semua ini terlalu indah buat diriku. Terima Kasih Ya ALLAH atas ujian dan nikmat ini. Alhamdulillah :)

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum darlings?
Nak cakap apa?
Nak luah apa?
Nak kongsi apa?
Sila lah komen ye :)