Sunday 4 October 2015

ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN, BERTAUBATLAH !!!


Assalamualaikum semua..
hari ni nur nak kongsi sikit pasal TAUBAT :)
Nur tulis ni berdasarkan pengalaman dan pengetahuan nur yg tak seberapa..
kalau ada tersalah dan silap, nur mohon maaf dan teguran ye..
JZKK :) 

Jujur cakap, kita selalu rasa tertekan dan sesak jiwa dengan dosa-dosa yg kita lakukan.. kita selalu sedih sebab asyik ulang dosa yg sama, walhal dah bertaubat berkali-kali tp lepastu buat balik.. nur pun macam tu lah.. lepas buat dosa yg sama berulang kali, nur mesti menangis.. sebab rasa terkilan dengan diri sendiri.. yelah dosa tu dosa yg sama kita lakukan.. padahal berapa kali dah bertaubat dan minta ampun kat ALLAH.. tup tup tergelincir jugak buat balik kan.. plezzz jangan putus asa untuk bertaubat.. sebab ALLAH tu maha pengampun.. Dia sentiasa mengampun kan kita hamba-hambanya dengan syarat berusahalah mencapai taubat nasuha.. 

pastu, jangan laaa pula kita jadikan alasan untuk terus terusan buat dosa sbb fikir taubat selama ni mungkin tak diterima.. kita buat lah dosa berkali-kali pun, tp insha ALLAH.. ALLAH tu tetap ampunkan kita juga.. yang penting, jangan mengaku kalah ja utk bertaubat walaupun berkali-kali.. okayyy  sebab once kita dah ngaku kalah untuk taubat, syaitan punya lah seronok, gelak berguling-guling sebab kita dapat jd kawan dia.. tengok syaitan (walaupun tak nampak) dia tak pernah bertaubat dan rasa menyesal pun duk hasut kita buat dosa.. haaa kalau dalam diri kita tu masih ada iman walau secebis, masih ada rasa bersalah buat dosa, masih ada rasa menyesal melakukan maksiat.. insha ALLAH kita bukanlah golongan yg menjadi sahabat syaitan.. so #kipidab #dongibab and #keepfighting untuk bertaubat okayyy..

dan....

dan....

dan....

 plezzz jangan kita jadi orang yang TAK BIJAK.. kita tahu ALLAH tu maha pengampun.. kemudian kita ambil kesempatan pula dengan terus-terusan melakukan dosa.. no, itu salah !!! sebaliknya kita kena berusaha menjauhi maksiat.. kalau kita tergelincir juga melakukan dosa, segeralah bertaubat.. jangan kita ingat "oooo takp laaaa, kita buat ja lahh dosa, ALLAH kan maha pengampun"... nur tegaskan sekali lagi.. itu salah ye, salah !!! bayangkan kalau mati dalam keadaan maksiat.. sempat ke dapat pengampunan ALLAH kalau kita tak sempat mohon ampun kpd ALLAH atas kesilapan kita yg mengambil kesempatan tu???

haaa renung-renungkan..
sama-sama lah kita muhasabah diri..
semoga kita sentiasa mendapat pengampunan dari ALLAH SWT dan meninggal dalam keadaan yang sangat baik..
insha ALLAH :)

GUIDELINE KETIKA TEMPOH PERTUNANGAN

 Assalamualaikum darlings... okeh hari ni nur nak share pasal guideline yg nur petik dr blog myiham.com .. semoga perkongsian ini bermanfaat buat diri nur dan kita semua dlm menempuhi alam pertunangan :)


Bertunang adalah salah satu proses yang wujud dalam syariat Islam. Hukumnya adalah sunat. Ia terjadi apabila hasrat seorang lelaki untuk menjadikan seorang wanita sebagai isterinya disambut oleh wanita tersebut ataupun walinya. Maka, apabila sah menjadi tunangan, wanita tersebut tidak boleh lagi dipinang oleh orang lain.

Mungkin asas tersebut sudah ramai yang tahu.
Cuma ramai orang terlepas pandang tentang apa yang berlaku seusai proses pertunangan tersebut. Kita tahu, jika seorang lelaki hendak melamar, dia diharuskan untuk tengok wanita yang hendak dilamarnya. Apabila wanita tersebut sudah bergelar tunangannya pula, dia boleh berkenalan dengan wanita tersebut beserta keluarganya. Itu antara hikmah pertunangan ; sebagai proses menuju perkahwinan yang sejahtera.

Bab perkenalan itulah ramai orang terlepas pandang. Mungkin sebab tidak dititkberatkan. Maka banyak jugalah berlaku kerosakan pemuda dan pemudi Islam yang berada dalam fatrah pertunangan kononnya atas nama ‘berkenalan’.

Jadi saya cuba tuliskan sedikit guideline atau panduan untuk perhubungan sewaktu tempoh pertunangan. Harapnya, ia mampu menarik mana-mana yang telah terlanjur ke depan dan mampu menyuntik keberanian kepada mana-mana yang masih tidak tahu cara berhubungan.

Ok,kita mulakan.

Pertama : Nothing Change

Apa maksudnya? Maksudnya, apabila anda dan dia bertunang, tidak ada apa-apa yang berubah. Baik dari segi siapa dia, cara bercakap dengan dia, cara memandang dia dan sebagainya. Dia tetap lelaki ajnabi dan dia tetap perempuan ajnabi. Maka layanan anda kepadanya juga mesti sebagai ajnabi. Macam anda berkomunikasi dengan pakcik teksi, abang jual top-up kat kedai dan tukang kebun di sekolah. Apa yang berbeza cuma anda dan dia ada janji untuk berkahwin, itu sahaja.

Kedua : Pemfokusan

Apa hikmah anda sebagai wanita haram dipinang lagi selepas anda menerima pinangan seorang lelaki? Antara hikmahnya, Islam mahu mendidik anda supaya fokus. Buat satu-satu biar selesai satu-satu. Bertunang bukan sekadar soal ‘reserve’ semata-mata. Ia soal penyatupaduan usaha untuk menjayakan sebuah akad nikah. Mahu merealisasikan itu bukan senang, perlu kepada pemfokusan gerak kerja. Jadi, untuk berhubung antara satu sama lain, janganlah lari fokus. Soalan-soalan seperti tadi datang program tak? saya tak nampak awak pun atau awak dah makan ke? makan apa? itu semua agak jauh dari titik fokus yang sebenar.

Ketiga : Manusiawi

Apa yang saya maksudkan di sini adalah layanan kepada satu sama lain ketika berhubungan mestilah seperti melayan manusia, bukan robot. Banyak terjadi, apabila satu pihak ‘terlalu menjaga’ maka dia menjadi robot dan bukan lagi manusia. Mana ada manusia suka berkomunikasi dengan robot, apatah lagi yang berlakon sebagai robot itu adalah tunangannya. Jadi jangan jadi robot, jadilah manusia. Caranya mudah, anda sebagai wanita contohnya, ketika anda pergi kedai top-up dan meminta brader kedai tersebut memasukkan top-up ke dalam telefon bimbit anda, adakah anda berinteraksi dengan brader itu sebagai manusia atau robot?

Anda akan berinteraksi sebagaimana manusia biasa, bukan? Kalau perlu senyum, anda senyum. Kalau perlu jawab apa brader tu tanya, anda jawab. Kalau perlu bertanya, anda bertanya. Tapi adakah perlu untuk anda berbalas jelingan mata dengan brader tersebut? Tak perlu. Adakah perlu anda duduk melayan brader tersebut berbual-bual? Juga tidak perlu. Jadi kena faham, anda bukan perlu menjadi tegas seperti robot, sebaliknya anda perlu menjadi manusia yang tegas.

Keempat : Sms, email, calling

Saya faham, part ini paling ramai yang kalah. Tambah-tambah kalau dapat kredit free, memang susah nak tahan tangan dari mesej atau call orang yang selalu di ingatan. Tambah menyulitkan keadaan, apabila mahu berhubung tetapi tidak ada apa-apa perkara penting untuk dicakapkan. Maka diperah jualah otak mereka-reka ‘perkara penting’ barang sepatah dua, kemudian meleret-leretlah kepada segala benda yang tidak penting. Akhirnya, dua-dua lalai leka.

Jadi dalam hal ini, tidak dapat tidak kedua-dua pasangan mesti menjadi tegas. Patutnya, lelakilah yang memainkan peranan menegakkan ketegasan tersebut. Tetapi realitinya, ramai lelaki yang tidak menjadi tegas manakala yang wanita pula terkial-kial mempertahankan ketegasan. Sudahlah wanita itu sifatnya mudah cair, lelaki pula tidak memainkan peranan sebagai ‘pemimpin’ yang amanah dengan baik.

Soal medium berhubung ini, ianya halal dan hukum asalnya harus semata-mata. Tetapi ia boleh menjadi haram bergantung kepada bagaimana kita menggunakannya. Justeru, amalkan tips berikut ketika berhubung :
  • Banyakkan isi, kurangkan bunga. Sekadar ayat pemanis bicara sikit-skit, tanya khabar, itu ok. Tapi selepas itu mesti terus kepada isi. Biar isinya banyak. Kalau mahu bincang, biar perbualan itu benar-benar berbentuk perbincangan.
  • Tak perlu berjenaka. Berjenaka biasanya untuk mengendurkan suasana. Tetapi sebaiknya anda mengambil sikap pertengahan, iaitu mewujudkan suasana perbualan yang tidak terlalu tegang dan tidak terlalu kendur. Kadang-kadang, jenaka mengundang padah. Boleh menghilangkan batas-batas ketegasan yang cuba dijaga. Jadi masing-masing pujuklah hati ; simpan dulu jenaka itu untuk kemudian hari. Itu lebih manis.
  • Jaga masa. Ada sesetengah lelaki, tengah malam baru nak contact. Konon tak boleh tidur, konon itu dan ini. Jadi dalam keadaan tersebut, wanitalah yang perlu bertegas dan berkeras. Jangan bagi muka. Berhubung ‘di luar waktu’ apatah lagi dalam suasana yang sunyi sepi, memang ibarat anda berdiri di mulut syaitan. Bila-bila masa boleh kena telan.
  • Jangan berkhalwat. Nabi s.a.w sebut : tidak berdua-duaan lelaki dan wanita melainkan syaitan adalah yang ketiga. Ini bukan berlaku di alam nyata sahaja, bahkan juga di alam maya. Chatting atau calling, biar ketika benar-benar perlu dan penting. Selesai urusan, segera tinggalkan ruang tersebut.

Kelima : Rapati ibu bapa

Banyak terjadi, perempuan apabila sudah bergelar tunangan orang, dia cenderung merapati si lelaki berbanding ibu bapanya sendiri. Ini silap. Kena faham dengan baik, bahawa tanggungjawab dan ketaatan hanya berpindah dengan akad, bukan dengan bertunang. Jadi sebagai anak gadis, anda perlu kekal sepertimana sebelum menjadi tunangan orang. Apa-apa perkara, ibu bapa mesti menjadi yang utama, bukan tunang.

Sebab itu dalam banyak-banyak kes, pernikahan menjadi susah. Antara sebabnya adalah, si gadis lebih sibuk dengan si tunang berbanding berbincang atau memujuk ibu bapanya, manakala si lelaki pula langsung tidak berusaha untuk memujuk ibu bapa gadis tersebut untuk menyegerakan pernikahan.

Orang perempuan kena faham, susah mahu berjumpa lelaki yang benar-benar berani dan gentleman. Yang sanggup melamar terus kepada ibu bapanya dan sanggup bersemuka sendiri memujuk supaya dipercepatkan pernikahan. Lebih-lebih lagi kalau masih belajar. Dengar sahaja dari mulut si gadis bahawa ayahnya tidak bagi kahwin masa belajar, terus menjadi gerun. Apabila disuruh oleh si gadis untuk menghubungi ayahnya dan berbincang, pelbagai alasan diberi. Hakikatnya, dia tidak bersedia dan tidak berani bersemuka.

Itu masih ok. Apa yang tidak ok adalah si lelaki asyik mahu merapai si gadis sepanjang tempoh pertunangan. Perkara yang penting dijadikan tidak penting. Perkara yang tidak penting pula dijadikan penting. Bab-bab memujuk keluarga, membina hujah dan sebagainya, tidak berminat untuk dibincangkan. Sebaliknya bab-bab sakit kepala, saya banyak masalah, awak tak memahami saya, saya rasa kesepian dan segala yang lain dijadikan sebagai topik utama perbincangan.
Jadi bagaimana? Dalam keadaan tersebut, kiranya si gadis pun lentok dan terikut-ikut dengan pembawakan si lelaki, maka berpestalah para syaitan atas kejayaan usaha mereka.

Keenam : Prinsip diri dan jaga hati tunang, mana satu?

Saya kira, dilema ini dikongsi oleh sebilangan besar anak gadis di luar sana terutama yang bergelar tunangan orang tetapi masih kabur dengan pernikahan.
Si gadis mahu bertegas dengan prinsip. Iaitu sebagaimana prinsip-prinsip yang saya senaraikan di atas. Apabila berhubung, dia tidak berlebihan. Sekadarnya sahaja. Memberi fokus pada yang penting dan sebagainya.

Tetapi apa yang menjadi masalah, si lelaki ‘tidak senang’ dengan keadaan tersebut. Dia merasakan dirinya sebagai tunang perlu menerima ‘layanan’ yang lebih istimewa. Janganlah terlalu tegas. Sesekali, mahu juga berkongsi rasa, melayan bicara, membuai jiwa. Si gadis pantang menyerah. Tidak dilayan dan buat tak faham. Akhirnya? Si lelaki merasa jemu dan mahu putus.
Sudah tentulah si gadis akan bersedih hati. Namun adakah perlu dikorbankan prinsipnya?

Saya jawab : tempoh pertunangan itu tempoh perkenalan. Berkenalan kat situ, bukan maksudnya dia kena kenal saudari yang cantik, menarik, menawan, pandai ambil hati, menyejukkan jiwa, penyayang dan sebagainya. TIDAK SAMA SEKALI. Apa yang dia kena kenal adalah, keluarga saudari, perancangan hidup saudari, masalah-masalah yang saudari hadapi untuk berkahwin dan apakah watak-watak yang disukai atau tidak disukai oleh saudari. Sebab apa? Sebab dia kenal saudari sebagai TUNANG, bukan ISTERI. Kalau dia kenal sebagai isteri, ya, saudari boleh kenalkan diri saudari yang penyayang, manja, menggoda dan sebagainya. Jelas?

Jadi bila saudari ‘memperkenalkan’ diri saudari sebagai seorang yang tegas dan berprinsip, kemudian si lelaki tersebut menolak, maka saudari tidak perlulah bersedih. Saudari tidak kehilangan dia, sebaliknya dia yang kehilangan saudari.

Dan diri saudari yang MAHAL itu hanya layak dikenali oleh lelaki yang jujur, amanah dan benar-benar bertanggungjawab. Pasti dan pasti, lelaki jenis itu tidak akan berkecil hati dengan ketegasan saudari sebaliknya dia akan bersyukur kerana tunangnya membantunya menjaga iman dalam diri.

Saya kongsikan satu status di facebook saya pada 12 Januari yang lalu :
Sedari,
cara untuk tolong sedara yang minat sedari tu,
bukan dengan menadah riba membentang jiwa memberi muka,
caranya adalah dengan membenteng ketegasan dan jangan layan bila dia start merepek.
dia mungkin akan kata saudari syadid, tak kesian kat dia, tak memahami dia, ‘tak sayang’ kat dia,
tapi hakikatnya, itulah cara sebenar membuktikan rasa sayang.
dia mungkin akan kata saudari zalim dan kejam,
tapi hakikatnya, saudari ‘bantu’ dia untuk masuk perangkap syaitan itu lebih zalim bin kejam.
jadi jangan mudah kena tipu sangat
bertegas hari ini, kemanisan hari esok
ingat tu.
MOTIVASI
Ingatlah, apa sekalipun yang kita tempuh dalam hidup ini, termasuklah pertunangan, semuanya berlaku atas landasan takdir Allah Ta’ala. Jangan sesekali bimbang dengan jodoh sehingga anda membutakan hati dari menilai mana kaca mana permata. Memilih yang haq sama sekali tidak akan menjadikan anda rugi. Jangan bimbang ditolak, jangan takut pertunangan itu terputus, kerana hakikatnya anda ada Allah yang tidak pernah meninggalkan anda.
Firman Allah Ta’ala :

Maksudnya : Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk bagi kamu, dan Allah Maha Tahu sedangkan kamu tidak mengetahui. [ Al-Baqarah : 216 ]

Jika sekarang anda bergelar tunangan orang, maka segerakanlah pernikahan. Jika tidak mampu, maka janganlah berhubungan. Biarlah sekadar ada hubungan. Banyak kerosakan berlaku dalam pertunangan disebabkan masalah tidak menjaga perhubungan. Maka sebagaimana anda bertunang kerana Allah dan mahu menuju pernikahan kerana Allah, begitu jugalah anda mesti menggantungkan usaha-usaha dalam fatrah bertunang dengan taqwa kepada Allah.

Sekadar itu perkongsian saya sebagai panduan anda yang sedang bertunang. Sama-sama jaga iman dan jangan leka dari tipudaya syaitan.

Sekian.

SUMBER :  http://www.myilham.com/blog/2012/01/guideline-ketika-tempoh-bertunang/

Saturday 3 October 2015

BUKAN RERZEKI KU UNTUK MENJADI PEGAWAI TENTERA

Aku masih ingat, waktu sekolah dulu aku seorang yang ANTI MASUKKAN TUDUNG ke dalam dan aku seorang yang ANTI UNTUK BERUNIFORM. Aku tak tahu nak cakap macam mana, tapi perasaan aku bila tudung berada di dalam baju seolah-olah aku ini tidak memakai tudung. Aku jadi malu dan segan yang teramat bila bentuk perhiasan yang seharusnya hanya dilihat oleh seorang suami ditatapi oleh ajnabi yang lain. Aku pernah menangis sebab terpilih menyertai PLKN dek kerana PLKN harus beruniform. Bagi aku, bila beruniform kita selalu terpaksa abaikan bab menutup aurat dengan sempurna. Sampai lah satu masa, bila aku dah kerja di PLKN sebagai pembantu dapur. Ada pula ceramah pasal UPNM ni. Mula-mula aku pun tak berapa tahu sangat pasal UPNM ni. Bila dah ada ceramah tu, aku pun curi-curi dengar sambil buat kerja kat dewan makan tu. Nasib lah ceramah tu pula diadakan di dewan makan pelatih PLKN. Jadi bila aku dah dengar kelebihan-kelebihan belajar kat UPNM dan menjadi pegawai kadet UPNM aku pun jadi tertarik untuk masuk UPNM. Tahu tak apa kelebihan belajar UPNM? Antaranya ialah pengajian kita akan ditanggung 100% oleh Kementerian Pertahanan dari tahun asasi hingga habis degree, kita akan dapat elaun lebih kurang RM1500 sebulan, makan free, asrama disediakan, kawalan keselamatan yang ketat dan pelbagai lagi. 

Waktu tu aku tengah tunggu result SPM. Aku memang bercadang nak cari tempat belajar yang mendapat tajaan dan mak aku tak payah susah-susah untuk tanggung aku belajar. Pada asalnya aku teringin nak masuk UIA dan ambil kos undang-undang. Aku minat nak jadi peguam macam paktih aku. Takpun masuk maktab perguruan dan ambik kos kaunseling. Bila result SPM dah keluar alhamdulillah aku dapat 7A2B1C dan aku pun isi lah UPU. Aku letak UPNM ni sebagai pilihan pertama. Pastu aku isi jugak MAKTAB PERGURUAN / IPG. Selain daripada tu aku isi Kolej Profesional MARA. Bila keputusan permohonan dah keluar, tengok-tengok aku dapat Kolej Profesional MARA tu kos Islamic Banking. Kalau nak tahu, KPM ni pun ada elaun tau. Tak lama lepastu aku dipanggil pula untuk temuduga UPNM. Masa tu semua family aku kat Kedah macam menentang untuk aku masuk UPNM. Depa semua mengharapkan aku masuk IPG dan jadi cikgu. Masa tu keputusan IPG tak keluar lagi. Depa cakap lagipun kerjaya tentera ni tak sesuai dengan jiwa aku, tak sesuai dengan pemakaian aku yang bertudung labuh. Mak risau takut aku takleh hadap dengan dunia tentera ni, sebab mak tahu anak dia macam mana. Abah pun dah nasihat jangan masuk UPNM sebab abah tahu macam mana perit dan payahnya kehidupan sebagai seorang tentera. Aku pulak masa tu duk ingat nak belajar free dan dapat elaun beriban ja. Aku duk fikir bila masuk UPNM aku boleh tolong mak serba sikit. Sebab kami datang daripada kuarga yang susah. Aku plak anak kedua dari 7 beradik. 

Soal pakai uniform tu pulak aku pi sekolah aku tanya ustazah bagi habis pasal hukum pemakaian uniform bagi wanita. Then, ustazah cakap tak salah tetapi pilihlah yang longgar dan jangan terlalu ketat. Memang pakai uniform ni akan nampak bentuk tubuh badan kita. Tapi kalau dah kita terpaksa pakai juga sebab kerja, benci lah ia sebenci-bencinya pada ketika kita pakai tu dan tutuplah aurat dengan sempurna semula apabila kita diluar waktu bekerja. Wallahu'alam. 

So, aku pun pergi jugaklah temuduga UPNM tu. Aku cuba cakap kat family aku, kalau orang lain boleh buat, mesti aku pun boleh. Dan akhir sekali, alhamdulillah aku berjaya juga temuduga tu dan terpilih sebagai PEGAWAI KADET UPNM. Lepas berapa hari balik dari temuduga UPNM, aku dapat pula panggilan temuduga IPG dan aku dapat temuduga kos Kaunseling macam yang aku nak. Hati aku waktu tu berbelh bagi, sama ada nak pi atau tak nak pi sebab time tu aku masih kat kampung di Negeri Sembilan. Hari temuduga pula tinggal berapa hari ja lagi. Dan kalau aku nak pi aku terpaksa balik Kedah hari tu juga. Persiapan apa semua macam tak sempat buat ja. Aku hubungi mak, dan mak seolah-olah mengharapkan aku pi sangat temuduga IPG tu walaupun aku dah confirm dapat UPNM. Family aku kat Negeri Sembilan pula nasihat kan supaya aku pilih UPNM ja.

 Aku jadi bingung sebab banyak pendapat sangat yang aku kena dengar. Kalau nak ikut minat, aku memang lebih minat nak jd cikgu kaunseling sebab itu lah cita-cita aku dari zaman sekolah. Bila peluang tu dah ada depan mata, aku sia-siakan pula. Ehhh tak, bukan aku sia-siakan. Tapi aku keliru ja nak pilih mana yang terbaik. Lastly aku takpi pun temuduga IPG tu dan aku melapor UPNM sebulan selepas tu. Bila aku dah jalani kehidupan sebagai kadet UPNM dan sebagai seorang tentera, baru aku tahu kenapa family aku kat Kedah larang aku keras-keras supaya jangan masuk sini. Waktu tu memang terdetik rasa menyesal. Nak patah balik memang tak dah lah kan. So aku carry on ja kehidupan kat sini sampai aku rasa lali dan sebati dah dengan jiwa aku. Kena lanyak ka apa aku tadah ja. Aku layankan aja. 

Sampai lah saat ketika tu, ALLAH mula uji aku dengan penyakit sampaikan aku dah tak layak lagi untuk ditauliah sebagai PEGAWAI TENTERA. Aku redha dengan semua ujian ni. Aku tahu ALLAH bagi aku ni adalah yang terbaik. ALLAH tahu kerjaya ni memang tak sesuai dengan aku, sebab tu Dia bagi  dan uji semua ni kat aku, juga tanda Dia sayang kat aku. Sekarang ni aku kat UPNM tak pergi kelas dah macam kawa-kawan lain. Aku cuma tunggu proses keluar baris sehingga selesai.Bila aku tengok depa jalani kehidupan kadet dengan penuh rasa semangat, aku rasa cemburu sangat sebab aku dah tak mampu jadi macam depa. Nak buat macam mana kan, dah bukan rezeki aku untuk menjadi pegawai tentera. Apa-apa pun aku doakan semoga depa semua berjaya jugak ditauliahkan sebagai Pegawai Tenter kelak.

Insha ALLAH kalau ada rezeki, pasni aku akan sambung belajar dalam bidang SEPARA PERUBATAN pula. Kali ni memang aku akan dengar nasihat mak betul-betul dan aku akan turuti apa kemahuan dan impian mak aku. Aku dah serik sebab berdegil dengan mak dulu. Cukuplah sekali tu ja, aku tak ingin dah nak ulang lagi. Semoga kehidupan aku lepas ni lebih baik dari semalam. Doakan urusan aku dipermudahkan ye. Kalau ALLAH tak bagi kerja dengan KEMENTERIAN PERTAHANAN mungkin DIA nak bagi kerja dengan KEMENTERIAN KESIHATAN pula. Mana tahu kan, tapi apa yang pasti, semua ini terlalu indah buat diriku. Terima Kasih Ya ALLAH atas ujian dan nikmat ini. Alhamdulillah :)