Saturday, 27 July 2013

Biamillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum kawan-kawan ?

Kali ni kan nur suka sangat nak kongsi tentang pentingnya kita untuk bersangka baik dalam sebuah persahabatan :)

"serendah-rendah ukhuwah ialah bersangka baik, setinggi-tinggi ukhuwah adalah itsar (melebihkan saudaranya dari dirinya)"

Selalunya tahap serendah-rendah ukhuwah tu pun kita sangat susah nak buat, apatah lagi nak mencapai tahap tertinggi tu. 

Bila kita bersahabat kerana Allah insyaAllah, kita akan mampu mencapainya. 
Dalam kita bersahabat terlalu banyak hati yg kita kena jaga, dan ianya sangat sukar. 
Maka sebagai seorang sahabat yang inginkan tahap tetinggi tersebut, kita sendiri yg perlu memujuk hati dengan sentiasa berbaik sangka. 
Maka banyak ikatan yang mampu kita selamatkan. 
Sesungguhnya ukhuwah kerana Allah itu sangat suci. 
Amat sayang sekali ianya terputus di tengah jalan lantaran diri kita yg tidak mampu utk berbaik sangka. Percayalah jika kita mampu untuk lakukannya, pasti suasana kehidupan kita akan lebih ceria. 
Semoga Allah memberi naungan kepada kita atas ikatan sebuah persahabatan ini.
 Dan saya sayang sahabat-sahabat saya kerana Allah. 
UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA :)
Insya-ALLAH :)
Amin :)

Sunday, 21 July 2013

mEnghitung Hari UntUk BaLik KampUng :)


http://hafarahijab.files.wordpress.com/2013/04/assalamualaikum.png
oke oke oke ;)
hari ni dah 21 Julai 2013 
makanya tinggal lagi 14 hari tau kami nak balik rumah
nak balik tengok kampung halaman la katakan setelah sekian lama jadi naka perantauan ni
yahooo ! tak sabar rasa !
eh , eh , eh
sabar , sabar ,
sabar tu kan separuh daripada iman 
ALLAH pun sayang dan suka sangat dengan orang yang selalau sabar ni :)
betul kan ?
setiap hari rasa macam cepat ja masa berlalu 
dan inilah antara tanda-tanda kiamat .
jadi , jum la kita tingkatkan amalan :)

oke oke oke ;)
tiket bus dah beli
PLUSLINER , 4:30PM , HENTIAN PUDU - KULIM , 4 OGOS 2013
doakan perjalanan cek pulang selamat dengan izin-Nya ye :)
amin :)

MuHaSABah Diri JoM :)


ALHAMDULILLAH,
semakin hari semakin banyak benda baru yang ana dapat belajar,
Syukur juga pada-MU Ya Allah kerana masih sempat untuk perbaiki kelemahan diri,

kawan-kawan,
betapa sayangnya ALLAH pada kita,
walau kita sering lali dari mengingatinya,
walau kita sering melakukan dosa dan maksiat,
tapi ALLAH,
tetap bagi kita rezeki dan nikmat hidup.

kita sebagai hamba pulak,
sedarkah kita semua ni?

jadi kawan-kawan,
ana nak,
setiap hari kita sentiasa MUHASABAH DIRI ye kawan-kawan.
insya-ALLAH kalau kita selalu buat macam tu,
kita tak kan jauh daripada ALLAH,
dan semestinya ALLAH lagi bertambah dekat dengan kita.
sebab ALLAH dah sentiasa bersama kita.
AMIN :)